Tuesday, 8 May 2012

Lukisan Oblik

Lukisan ortografik hanya menunjukkan  satu permukaan pelan gambar rajah ortografik. Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan dua permukaan yang condong berdasarkan kepada condongan sudut objek. Oblik juga dikenali sebagai unjuran serong. Oblik merupakan satu kaedah untuk mempamerkan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi. 


PAKSI OBLIK

Pemilihan paksi oblik dilukis berpandukan tiga paksi iaitu paksi menegak, paksi mengufuk dan paksi surut/belakang. Terdapat pelbagai pilihan paksi surut. Oleh itu, pilih mengikut kesesuaian bentuk objek dan bilangan objek/detail di permukaannya. Sudut yang besar sesuai untuk mempamerkan butiran pada permukaan atas manakala sudut yang kecil digunakan untuk mempamerkan bentuk yang lebih jelas pada permukaan tepi.




Paksi surut/paksi belakang adalah cenderung dengan paksi mengufuk. Kebiasaanya ia menggunakan sudut 30⁰, 45⁰ dan 60⁰. Paksi mengufuk adalah yang bersudut tepat dengan suatu garisan pada paksi.


CIRI-CIRI OBLIK

  1. Pandangan hadapan mesti selari dengan satah bersudut tegak.
  2. Sesuai untuk objek yang pendek dan ketepatan bahagian unjuran tidak berkadaran.
  3. Objek diputarkan pada sudut tertentu.
  4. Dikelaskan kepada 3 iaitu unjuran kavalier, unjuran kabinet dan am.





UNJURAN KAVALIER


  • objek lakaran akan mengikut lakaran berskala penuh.
  • objek di lukis mengikut panjang yang asal pada objek sebenar.
  •  menggunakan ukuran sebenar pada satah dan unjuran mengikut sudut surut yang dipilh






UNJURAN KAVALER

UNJURAN KABINET
  • lakaran objek menggunakan 1/2 daripada ukuran panjang sebenar.
  • ukuran panjang pada paksi surut sahaja yang dikurangkan.




UNJURAN KABINET


OBLIK AM

  • lakaran objek menggunakan 3/4 daripada ukuran panjang sebenar.





OBLIK AM



KAEDAH DALAM LUKISAN OBLIK



Sebuah objek dijadikan sampel bagi membuat lukisan oblik.



Buat satu lukisan bagi pandangan sisi objek.


Bina sudut 45⁰ pada sisi objek.

Unjurkan setiap bucu pada sudut 45⁰ mengikut saiz panjang objek sebenar.

Sambungkan setiap garisan yang telah diunjurkan.


KELEBIHAN LUKISAN OBLIK
  • Mudah di lukis berbanding lukisan isometrik
  • Pelajar hanya perlu memilih satu sudut surut sahaja untuk melukis lukisan oblik iaitu daripada  30⁰,  45⁰ dan  60⁰.
  • Bulatan boleh dielakkan daripada dilukis berbentuk elips.



Isometri :  Semua bulatan dalam elips



Oblik : Satu daripada bulatan seperti biasa



KELEMAHAN LUKISAN OBLIK

  •  Tiada ketepatan penglihatan terutama pada objek yang panjang
  •  Lukisan ini tidak sesuai untuk lukisan yang panjang.
  •  Bagi sudut unjuran besar, bahagian unjuran pendek.
  •  Bagi sudut unjuran yang kecil, bahagian unjuran akan menjadi panjang.













Monday, 7 May 2012

Isometri

PENGENALAN


Isometri bermaksud simetri iaitu skala setiap ukuran adalah sama (ukuran panjang = ukuran tinggi = ukuran lebar). Sudut paksi bagi setiap unjuran isometri juga adalah sama iaitu 120 darjah. Garisan yang selari dengan paksi isometri pula dinamakan garisan isometri. rataan atau permukaan yang selari dengan paksi isometri pula dinamakan rataan isometri.


Pandangan isometri adalah satu cara bagi menghasilkan pandangan objek dengan lebih jelas. Dalam lukisan kejuruteraan, hampir semua lukisan dilukis dalam unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar dalam pandangan isometri. Bagi lukisan isometri, satu pandangan memperlihatkan ketiga-tiga bahagian objek itu. Rajah di bawah menunjukkan kaedah melukis paksi isometri.


Paksi Isometri


PAKSI ISOMETRI

Paksi isometri boleh diputar pada sebarang keadaan tetapi mesti berkedudukan 120⁰ antara satu sama lain. Terdapat tiga paksi isometri iaitu :



Paksi Biasa, butiran isometri di sebelah atas objek dilukis dengan lebih jelas.


Paksi Panjang, sesuai untuk menggambarkan objek yang panjang.



Paksi Terbalik, butiran isometri di sebelah bawah ditunjukkan dengan lebih jelas.


CARA MEMBUAT LUKISAN ISOMETRI


Dengan menggunakan sesiku 30⁰/60⁰ dan sesiku 'T', bina paksi isometrik. Gunakan pansel H untuk melukis garisan binaan. Garisan mestilah halus dan ringkas.

Lukiskan sebuah kotak isometrik mengikut panjang, lebar dan tinggi keseluruhan objek di atas garisan paksi utama AB, AC dan AD.



Tandakan ukuran bentuk sebenar objek itu pada kotak isometrik yang dibina. Hitamkan/ terangkan garisan objek sebenar dengan menggunakan pensel HB.




KAEDAH MELUKIS LENGKUNGAN ATAU BULATAN PADA LUKISAN ISOMETRIK






Kaedah Pertama

       Lukiskan kotak isometri asas berpandukan unjuran pada ukuran ortografik.








Kaedah Kedua
   
      Cari titik tengah A,B,C,D,G,H,I,K, dan M pada setiap sisi dimana bulatan akan dilukis.






      Kaedah Ketiga

      Bina garisan dari penjuru E ke titik tengah C dan D, serta dari penjuru F ke titik tengah A dan B.





   



Kaedah Keempat

            Bina garisan dari penjuru F ke titik tengah I dan H, serta dari penjuru J ke titik tengah G dan D.





Kaedah Kelima


Bina garisan dari penjuru F ke titik tengah K dan M, serta dari penjuru L ke titik tengah C dan G.





     
      Kaedah Keenam

        Berpusat dari tiik F bina lengkuk AB dengan menggunakan jangka lukis. Lengkuk CD pula dibina berpusatkan pada titik E.






 
   
  Kaedah Ketujuh

     Berpusat dari  titik F bina lengkuk HI dengan menggunakan jangka lukis. Lengkuk DG pula dibina berpusatkan pada titik J.

Kaedah Kelapan


     Berpusat dari titik F bina lengkuk KM dengan menggunakan jangka lukis. Lengkuk CG pula dibina berpusatkan pada titik L




Kaedah Kesembilan 


Berpusat pada titik N pula bina lengkuk  AC dan lengkuk BD berpusatkan pada titik O.






            
   
   Kaedah Kesepuluh

        Berpusat pada titik R pula bina lengkuk  DH dan lengkuk GI berpusatkan pada titik R.




       Kaedah Kesebelas

     Berpusat pada titik P pula bina lengkuk  CK dan lengkuk MG berpusatkan pada titik Q.

Wednesday, 2 May 2012

Lukisan Teknik Unjuran Ortografik (Sudut Pertama)

Sudut Pertama (Firts Angle Projection) 

Sebagaimana pembelajaran yang lepas, kami telah menunjukkan kaedah lukisan teknik Ortografik bagi sudut ketiga. Di sini kami akan menyambung semula pembelajaran dengan lukisan taknik unjuran Ortografik dengan sudut pertama pula.

       Unjuran sudut pertama merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British & Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah-satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya. Kesemua satah ini bertemu antara satu sama lain pada sudut tepat.


Unjuran dari objek asal.


Rajah menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan. Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian-bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga mencecah satah ufuk. Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C (sebelah kiri objek). Bentuk objek yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan ke sebelah kanan. Untuk menjadikan sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi menjadi satu rataan sahaja.



MATA-OBJEK-SATAH


Rajah di atas menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut pertama dan dikelilingi oleh satah-satah menegak dan satah mendatar. dari arah pandangan A, B, dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakam pada setiap satah yang terdapat di belakang objek. Kaedah ini menghasilkan konsep MATA - OBJEK - SATAH untuk unjuran sudut pertama. 


PAKSI ORTOGRAFIK
Pada amnya kedudukan pandangan-pandangan adalah seperti berikut :
  • Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi.
  • Manakala bagi pandangan atas (pelan) pula berada di bawah pada kedudukan hadapan dan selari dengan sudut sukuan.


Kedudukan ketiga-tiga pandangan unjuran sudut pertama



SISTEM UNJURAN SUDUT PERTAMA


Kedudukan ketiga-tiga pandangan unjuran sudut pertama




Pandangan sisi pada bongkah dan lukisan dibezakan dengan warna kuning dan merah.



Pandangan hadapan pada bongkah dan lukisan.



Pandangan atas / pelan pada bongkah dan lukisan.



CONTOH LUKISAN UNJURAN SUDUT PERTAMA



Gambarajah 1 dan lukisan unjuran sudut pertama



Gambarajah 2 dan lukisan unjuran sudut pertama



Gambarajah 3 dan lukisan unjuran sudut pertama 




Gambarajah 4 dan lukisan unjuran sudut pertama