Isometri bermaksud simetri iaitu skala setiap ukuran adalah sama (ukuran panjang = ukuran tinggi = ukuran lebar). Sudut paksi bagi setiap unjuran isometri juga adalah sama iaitu 120 darjah. Garisan yang selari dengan paksi isometri pula dinamakan garisan isometri. rataan atau permukaan yang selari dengan paksi isometri pula dinamakan rataan isometri.
Pandangan isometri adalah satu cara bagi menghasilkan pandangan objek dengan lebih jelas. Dalam lukisan kejuruteraan, hampir semua lukisan dilukis dalam unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar dalam pandangan isometri. Bagi lukisan isometri, satu pandangan memperlihatkan ketiga-tiga bahagian objek itu. Rajah di bawah menunjukkan kaedah melukis paksi isometri.
Paksi Isometri
PAKSI ISOMETRI
Paksi isometri boleh diputar pada sebarang keadaan tetapi mesti berkedudukan 120⁰ antara satu sama lain. Terdapat tiga paksi isometri iaitu :
Paksi Biasa, butiran isometri di sebelah atas objek dilukis dengan lebih jelas.
Paksi Panjang, sesuai untuk menggambarkan objek yang panjang.
Paksi Terbalik, butiran isometri di sebelah bawah ditunjukkan dengan lebih jelas.
CARA MEMBUAT LUKISAN ISOMETRI
Dengan menggunakan sesiku 30⁰/60⁰ dan sesiku 'T', bina paksi isometrik. Gunakan pansel H untuk melukis garisan binaan. Garisan mestilah halus dan ringkas.
Lukiskan sebuah kotak isometrik mengikut panjang, lebar dan tinggi keseluruhan objek di atas garisan paksi utama AB, AC dan AD.
Tandakan ukuran bentuk sebenar objek itu pada kotak isometrik yang dibina. Hitamkan/ terangkan garisan objek sebenar dengan menggunakan pensel HB.
KAEDAH MELUKIS LENGKUNGAN ATAU BULATAN PADA LUKISAN ISOMETRIK
Kaedah Pertama
Lukiskan kotak isometri asas berpandukan unjuran
pada ukuran ortografik.
Kaedah Kedua
Cari titik tengah A,B,C,D,G,H,I,K, dan M pada
setiap sisi dimana bulatan akan dilukis.
Kaedah Ketiga
Bina garisan dari penjuru E ke titik tengah C
dan D, serta dari penjuru F ke titik tengah A dan B.
Kaedah Keempat
Bina garisan dari penjuru F ke titik tengah I
dan H, serta dari penjuru J ke titik tengah G dan D.
Kaedah Kelima
Bina garisan dari penjuru F ke titik tengah K dan M, serta dari penjuru L ke titik tengah C dan G.
Kaedah Keenam
Berpusat dari tiik F bina lengkuk AB dengan
menggunakan jangka lukis. Lengkuk CD pula dibina berpusatkan pada titik E.
Kaedah Ketujuh
Berpusat dari
titik F bina lengkuk HI dengan menggunakan jangka lukis. Lengkuk DG pula
dibina berpusatkan pada titik J.
Kaedah Kelapan
Berpusat dari titik F bina lengkuk KM dengan
menggunakan jangka lukis. Lengkuk CG pula dibina berpusatkan pada titik L
Kaedah Kesembilan
Berpusat pada titik N pula bina lengkuk AC dan lengkuk BD berpusatkan pada titik O.
Kaedah Kesepuluh
Berpusat pada titik R pula bina lengkuk DH dan lengkuk GI berpusatkan pada titik R.
Kaedah Kesebelas
Berpusat pada titik P pula bina lengkuk CK dan lengkuk MG berpusatkan pada titik Q.
hai...
ReplyDelete