Sunday 1 April 2012

Lukisan Teknik Unjuran Ortografik (Sudut ketiga)

Bahagian ini akan menerangkan mengenai kaedah untuk memaparkan bentuk sesuatu komponen atau objek pada kertas berdasarkan jenis unjuran arah pandangan. Unjuran arah pandangan ini akan memaparkan lukisan pada satu arah pandangan. Kaedah untuk menentukan arah pandangan ini bergantung kepada pemilihan arah yang diunjurkan ke satah paparan untuk membentuk satu unjuran ortografik.


UNJURAN ORTOGRAFIK

       Unjuran ortografik ditakrifkan sebagai suatu kaedah untuk memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Dalam kaedah unjuran ortografik, kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu daripada sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh menggambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar. Dalam unjuran ortografik, terdapat tiga arah pandangan yang utama, iaitu :
  1. Pandangan atas (pelan)
  2. Pandangan hadapan
  3. Pandangan sisi

            Lukisan unjuran Ortografik boleh dianggap sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi. Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan Ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina. Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke sesuatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan ini bentuk pandangan itu diperolehi. Lukisan teknik bagi unjuran ortografik mengandungi dua atau lebih arah pandangan yang dilihat dari arah yang berbeza. Kedudukan pandangan ini adalah bersudut tepat di antara satu sama lain dan disusun dengan kaedah yang tertentu dimana setiap satah pandangan ini memaparkan bentuk yang berbeza. Kombinasi daripada bentuk-bentuk ini akan menghasilkan maklumat satu bentuk komponen yang lengkap.






KONSEP-KONSEP UNJURAN ORTOGRAFIK

 Unjuran ortografik berdasarkan kepada tiga konsep utama iaitu:
  1. Si Pemandang (arah pandangan)
    • Berdasarkan konsep arah pandangan, setiap pandangan Ortografik dapat dihasilkan dengan mengunjurkan garisan-garisan unjuran yang bersudut tepat kepada satah unjuran dari sesuatu objek. Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran hadapan dinamakan pandangan hadapan.
Pandangan Hadapan

    • Mengikut konsep unjuran, tiap-tiap pandangan memerlukan satu satah unjuran. Oleh itu, jika satu satah unjuran yang mengufuk diletakkan di atas objek, satu lagi pandangan boleh diunjurkan pada satah tersebut. 


Pandangan Hadapan dan Pandangan Sisi

    • Satu lagi arah pandangan diperlukan bagi melengkapkan gambaran sepenuhnya sesuatu objek iaitu pandangan sisi kanan seperti rajah di bawah.


Pandangan Hadapan, Pandangan Atas dan Pandangan Sisi


2. Satah Unjuran
    • Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis, iatu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran ini akan menghasilkan empat sukuan iaitu:


Satah Unjuran dan Sudut Unjuran Ortografik

3. Objek (benda yang dilukis)
    • Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga. Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapa bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap pandangan.
    Contoh Objek




LUKISAN ORTOGRAFIK


Lukisan Ortografik boleh ditunjukkan dalam dua sudut unjuran, iaitu :
  1. Unjuran Sudut Pertama (first angle projection)
  2. Unjuran Sudut Ketiga (third angle projection)
Walaubagaimanapun, disini kami akan menunjukkan kaedah lukisan ortografik bagi unjuran sudut ketiga sahaja.


UNJURAN SUDUT KETIGA (third angle projection)

          Unjuran ortografik sudut ketiga ialah pandangan atas (pelan) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah. Bagi kedudukan pandangan sisi pula ialah berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan. Kedudukan-kedudukan tersebut akan dijelaskan lagi dengan gambarajah di bawah.





Unjuran dari objek asal

PAKSI ORTOGRAFIK                                                                       

Lukisan Ortografik terbina di atas paksi ortografik. paksi Ortografik terdiri daripada:
  • Satu garisan tegak dan garis mendatar yang bersilang di antara sati sama lain
  • Satu garisan condong @ garisan serong yang bermula daripada titik silang garisan tegak dan garisan mendatar



Kedudukan ketiga-tiga pandangan unjuran dalam sudut ketiga




Bagi menjelaskan kaedah lukisan ortografik unjuran ketiga dengan lebih terperinci lagi, gambar sebuah objek asal ditunjukkan bagi menjelaskan lagi pandangan yang akan kita perhatikan.




Gambar objek bongkah berbentuk 'L'



Lukisan isometri bongkah 'L'



KAEDAH UNJURAN SUDUT KETIGA


Unjuran Pandangan Hadapan



Unjuran Pandangan sisi



Pandangan atas (Pelan)




SISTEM UNJURAN SUDUT KETIGA






Kedudukan ketiga-tiga pandangan unjuran dalam sudut ketiga.



Pandangan sisi pada bongkah dan lukisan dibezakan dengan warna kuning dan merah.




Pandangan hadapan pada bongkah dan lukisan



Pandangan atas/pelan pada bongkah dan lukisan



CONTOH-CONTOH LUKISAN ORTOGRAFIK

  1. Garisan tersembunyi yang berterusan dimulakan dengan sentuhan pada garisan nyata dan berakhir          dengan sentuhan pada garisan nyata.
                                                                        
Objek




Unjuran Ortografik


2. Garisan yang tersembunyi yang memotong sebahagian objek hendaklah dimulakan bersentuhan dengan        garisan nyata dan berakhir dengan membuat ruang (tidak bersentuh) dengan garisan nyata.

                                                                           
    Objek



Unjuran Ortografik



3.  Jika dua atau lebih garisan tersembunyi bertemu pada satu tempat yang sama, garisan-garisan                   
     tersembunyi itu mestilah bersentuh di antara satu dengan lain dan berakhir dengan sentuhan
     pada garisan nyata.

                              
                                                                            Objek 



Unjuran Ortografik




1 comment: