Wednesday 2 May 2012

Lukisan Teknik Unjuran Ortografik (Sudut Pertama)

Sudut Pertama (Firts Angle Projection) 

Sebagaimana pembelajaran yang lepas, kami telah menunjukkan kaedah lukisan teknik Ortografik bagi sudut ketiga. Di sini kami akan menyambung semula pembelajaran dengan lukisan taknik unjuran Ortografik dengan sudut pertama pula.

       Unjuran sudut pertama merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British & Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah-satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya. Kesemua satah ini bertemu antara satu sama lain pada sudut tepat.


Unjuran dari objek asal.


Rajah menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan. Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian-bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga mencecah satah ufuk. Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C (sebelah kiri objek). Bentuk objek yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan ke sebelah kanan. Untuk menjadikan sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi menjadi satu rataan sahaja.



MATA-OBJEK-SATAH


Rajah di atas menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut pertama dan dikelilingi oleh satah-satah menegak dan satah mendatar. dari arah pandangan A, B, dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakam pada setiap satah yang terdapat di belakang objek. Kaedah ini menghasilkan konsep MATA - OBJEK - SATAH untuk unjuran sudut pertama. 


PAKSI ORTOGRAFIK
Pada amnya kedudukan pandangan-pandangan adalah seperti berikut :
  • Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi.
  • Manakala bagi pandangan atas (pelan) pula berada di bawah pada kedudukan hadapan dan selari dengan sudut sukuan.


Kedudukan ketiga-tiga pandangan unjuran sudut pertama



SISTEM UNJURAN SUDUT PERTAMA


Kedudukan ketiga-tiga pandangan unjuran sudut pertama




Pandangan sisi pada bongkah dan lukisan dibezakan dengan warna kuning dan merah.



Pandangan hadapan pada bongkah dan lukisan.



Pandangan atas / pelan pada bongkah dan lukisan.



CONTOH LUKISAN UNJURAN SUDUT PERTAMA



Gambarajah 1 dan lukisan unjuran sudut pertama



Gambarajah 2 dan lukisan unjuran sudut pertama



Gambarajah 3 dan lukisan unjuran sudut pertama 




Gambarajah 4 dan lukisan unjuran sudut pertama 



























No comments:

Post a Comment